Jinhui Industries Sdn Bhd (JHI) adalah peneraju pembuatan jentera ringan di Malaysia dan dimiliki oleh Kumpulan Sin Yuan sebagai pengedar pelbagai jenis industri ringan, pembinaan, jentera pembuat makanan, jentera pertanian dan peralatan.

Sejarah penubuhan JHI bermula pada tahun 1976, pengasas-pengasas JHI memulakan perniagaan sebagai peruncit jentera ringan. Sejajar dengan perkembangan perniagaan mereka, JHI ditubuhkan sebagai pembuat peralatan pembinaan yang digunakan secara menyeluruh untuk projek infrastuktur. Syarikat kami mula beroperasi pada tahun 1994 dan telah diiktiraf dengan SijiI Pengiktirafan Kualiti ISO 9001 sejak tahun 2000.

Sehingga tahun 2002, aktiviti utama syarikat kami terdiri daripada pembuatan jentera ringan dan peralatan. Salah sebuah anak syarikat kepunyaan Sin Yuan Group iaitu Sin Yuan Machinery Sdn. Bhd. menjadi pengedar kepada produk pembuatan JHI .

Selaras dengan perancangan perniagaan Kumpulan Syarikat Sin Yuan untuk memperluas aktiviti pengedaran, JHI mengambil alih perniagaan penjualan peralatan pembinaan dan alat pneumatik. Selain daripada produk pembuatan sendiri, JHI turut mengimport peralatan dari Negara luar seperti Jepun, Taiwan dan Eropah seterusnya melangsungkan penjualan di Malaysia. Syarikat kami merupakan pengedar tunggal bagi produk jenama Toku dan Trelawny semenjak tahun 1989.

Sehingga kini, JHI mempunyai rangkaian pengedar terbesar di Malaysia bagi jentera ringan dan pasaran utama pengeksportan kami adalah ke Negara Timur Tengah, Eropah, Afrika, Amerika Selatan dan Asia. Berselari dengan visi syarikat kami untuk menjadi pengeluar jentera berkualiti dan berpatutan pada harga, produk kami telah mencapai reputasi tinggi untuk kualiti dan kepercayaan di seluruh tempatan seterusnya di peringkat antarabangsa.

JHI mempunyai pekerja yang berpengetahuan luas tentang produknya juga terlatih dalam melayan pelanggan kami. Kami juga menawarkan produk yang berkualiti tinggi dan tahan lama. Bagi memastikan para pelanggan kami menikmati penggunaan yang lebih lama dengan peralatan yang dibeli, kami komited dalam menyediakan stok sedia ada untuk bahagian mesin yang akan haus dan lusuh. Syarikat kami yakin sepenuhnya dengan peningkatan dan perkembangan yang berterusan dan sentiasa bersedia untuk memberikan hanya yang terbaik kepada setiap pelanggannya.